najster’s Blog


Boikot Fotopages.com
June 10, 2009, 1:32 am
Filed under: Info | Tags: ,

holla guys.lama gila ta update blog.=.= so arini nak cerita psl fotopages.com

Tahukan korg bahawa laman web Fotopages yang popular dikalangan penggemar foto diserata dunia termasuklah negara2 Islam adalah milik sebuah syarikat di asia barat?

Cuba korg pergi ke website ni http://whois.domaintools.com, then masukkan domain “fotopages.com” then klik Lookup!

scroll bawah sket.. tengok kat Indexed data, macam dalam gambar kat bawah ni..

Mungkin ada yang terkejut dengan apa yg terpapar. Mungkin juga ada yang tak kisah, tapi kenyataannya memang ternyata bahawa fotopages.com diasaskan oleh sebuah syarikat dari negara haram Israel iaitu Pidgin Technologies Inc.

Jika maklumat ini ternyata benar dan Fotopages memang diuruskan oleh Israel, bukankan kita secara tidak langsung menyumbang pendapatan kepada Israel? Bukankah dengan menyertai fotopages dan menjadikan fotopages kita popular, kita juga secara tidak langsung mempopularkan Fotopages.com itu sendiri popular. Semakin popular Fotopages.com itu, maka makin bertambahlah pendapatan mereka dengan iklan-iklan yang banyak terdapat di laman web tersebut, adsense, penjualan t-shirt dan sebagainya.

Keuntungan daripada syarikat Israel ini kemana lagi kan? Ada yang kata, kalau macam tu banyak la website kita tak boleh join sebab ada kaitan dengan israel. Sekarang ni memang kadang-kadang kita tak dapat lari dari perkara yang ada kaitan dengan Israel, tapi selagi mana kita boleh lari, kita mesti lari dan cari alternatif lain yang kurang kaitannya dengan memajukan ekonomi Israel.

Fikirkan, adakah Fotopages.com merupakan satu-satunya tempat untuk kita mengupload gambar? Banyak lagi alternatif lain untuk berfotoblog, Salah satunya ialah dengan menggunakan blog yang dihostkan sendiri. Sekarang bukannya susah nak dapat hosting untuk membuat blog. Kalau kita boleh boikot barangan harian kenapa tidak kita boikot Fotopages kan?

Marilah kita boikot Fotopages..

credits to suhz


No Comments Yet so far
Leave a comment



Leave a comment
Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>